Posts

Showing posts with the label Iris Leona

‘Tak dinafikan, saya sukakan perhatian, baik atau buruk’ - Leona

Image
Sentiasa diihat berperwatakan gembira, pempengaruh sensasi Kasih Iris Leona secara terbuka mengakui memang ‘gilakan’ perhatian umum. Leona, 23, menyatakan tidak berasa malu dirinya sentiasa berada di bawah radar netizen bahkan menerima setiap respons sama ada baik mahupun buruk. “Saya tidak akan menafikan, saya suka perhatian. Bukan hanya di hadapan kamera tapi bila di luar pun sama. “Setiap restoran yang kami pergi, saya mahu orang tahu hari tersebut adalah hari jadi saya. Saya jenis yang tak segan langsung dan akan menawarkan diri untuk berada di atas pentas tanpa rasa malu. “Saya hanya mahu menjadi ‘centre of attention’ dan sangat menyukainya tidak kira baik atau buruk,” katanya dalam sebuah audio siar. Kongsinya lagi, fokus khalayak dapat memberikan kebaikan terhadap dirinya walaupun harus menelan kepahitan kesan negatif yang terpaksa ditanggung. “Sebenarnya, perhatian yang buruk tak memberi kesan pun kepada saya. “Sejujurnya, semua tumpuan itu memberi ganjaran dalam cara sendiri, ...