Posts

Showing posts with the label DUN Ayer Kuning

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi

Image
  Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini. Naib Pengerusi BN Tapah Datuk Seri M. Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata jentera BN Tapah akan menjalankan kempen mengikut acuan ‘tempatan’ bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih mewakili gabungan berkenaan. “Jentera di peringkat bahagian amat memahami kehendak dan permasalahan yang berlaku di Tapah, malah pendekatan unik ini berjaya membantu BN mempunyai wakil rakyat daripada pelbagai kaum di sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah yakin BN mampu mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning pada PRK berkenaan. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April. PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematia...

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai dendek - Ahmad Zahid

Image
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon berkenaan adalah daripada enam senarai nama yang dikemukakan oleh bahagian dan perhubungan negeri melibatkan ahli UMNO Bahagian Tapah. "Saya mengharapkan calon ini memenuhi kriteria penduduk-penduduk dan pengundi di Ayer Kuning dan Tapah amnya supaya kita dapat mengulangi, insya-Allah, kejayaan di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Ihya' Ramadan Al-Mubarak Tahun 1446 Hijrah/2026 Masihi di sini hari ini. Ditanya berhubung koordinasi gerak kerja antara BN dan Pakatan Harapan untuk PRK itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kepimpinan BN-PH termasuk parti komponen mempunyai persefahaman. "Datuk Seri M Saravanan dan pemimpin MCA negeri telah menghubungi sa...

Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

Image
 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 26 April depan bagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak. Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula pada 12 April, manakala hari pengundian awal ditetapkan pada 22 April depan. “Sejumlah 31,897 pemilih terlibat membabitkan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2.5 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK berkenaan di sini hari ini. Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu, PRK Sungai Bakap, PRK DUN Neggiri dan DUN Mahkota. PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah susulan serangan ...

PRK Dun Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN - Saifuddin

Image
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti, kata Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di sini hari ini, Saifuddin Nasution berkata langkah itu bagi memastikan BN mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Allahyarham Ishsam Shahruddin. “Keputusan untuk menjadi pendukung dibuat berdasarkan prinsip penyandang, dan ini adalah persetujuan yang dicapai dalam kerangka Kerajaan Perpaduan,” katanya. Beliau berkata PH Perak akan memulakan gerak kerja setelah mendapat arahan daripada Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan persiapan mengatur gerak kerja mengikut prosedur operasi standard (SOP). “Kita akan aktifkan jentera kita di peringkat pusat dan di peringkat negeri, kemudian kami akan tentukan keper...

PRK DUN Ayer Kuning: 6 calon UMNO Tapah masih dalam senarai

Image
TAPAH – Enam nama di peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah yang telah diangkat untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning masih dalam senarai untuk dimuktamadkan. Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad secara ringkas memaklumkan tiada di antara keenam-enam calon tersebut telah menarik diri. “Setakat ini belum, insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Perak di Bangunan UMNO Tapah di sini hari ini. Terdahulu, Saarani memaklumkan lapan nama peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah diangkat untuk dipilih calon BN dalam PRK DUN Ayer Kuning, namun jumlah itu tinggal enam pilihan kerana dua telah menarik diri. Katanya, lapan pilihan itu ialah Pemangku Ketua Bahagian yang juga Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Setiausaha Bahagian, Bendahari Bahagian, Ketua Penerangan Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri di Bahagian tersebut. PRK DUN Aye...

PRK DUN Ayer Kuning: Lipat ganda usaha menangkan calon BN - Saarani

Image
Setiap parti komponen Barisan Nasional (BN), Friends of BN dan Pakatan Harapan (PH) diminta melipatgandakan usaha dalam memberikan kemenangan kepada BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan datang. Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata semua parti komponen juga diminta memberi tumpuan di kawasan masing-masing agar mudah meraih sokongan daripada pengundi. "Hari ini saya bermesyuarat dengan pemimpin parti daripada Friends of BN yang kita ketahui mempunyai pengaruh besar ahli dan penyokong sendiri selain MCA dan MIC. "Esok kita akan berjumpa dengan pemimpin daripada komponen PH dan sekiranya kesemua parti mampu menarik sokongan penyokong mereka, maka saya cukup yakin BN akan menang besar," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa BN Tapah di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Saarani berkata setakat ini gerak kerja BN dan PH atas nama Kerajaan Perpaduan berjalan ...

PRK DUN Ayer Kuning: UMNO Perak optimis, namun tidak pandang mudah pihak lawan

Image
UMNO Perak tidak memandang mudah keupayaan mana-mana pihak lawan, namun akan memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning terus kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tumpuan akan terarah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan. “Di atas kertas sepatutnya ia beri kemenangan besar kepada calon Kerajaan MADANI. Ini kerana jika kita ambil perkiraan mudah, pada pilihan raya lepas, BN memperoleh lebih 9,000 undi manakala PH (Pakatan Harapan) sekitar 6,000 undi. “Jika ditambah, bermakna kita ada 15,000 undi melalui kedua-dua gabungan. Namun, kita tak boleh pandang mudah sebab perkara seumpama ini sifatnya dinamik. Usaha perlu diteruskan untuk berjumpa dan menemui pengundi terutama pengundi baharu,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia di ...

PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'Wali' - Ahmad Zahid

Image
UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' -boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disenangi (likeable) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan. "Kita beri peluang kepada semua kumpulan dan kita akan senarai pendek bakal-bakal calon berkenaan," kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) FELCRA Berhad di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pemuda UMNO yang dilaporkan mempunyai calon yang berpotensi dan tidak menolak kemungkinan untuk melobi bagi PRK DUN Ayer Kuning, susulan kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangny...