Posts

Showing posts with the label Kelantan Darul Naim FC

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor

Image
Pemain sayap Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim mendedikasikan jaringan hatriknya ketika menentang Kelantan Darul Naim FC dalam aksi Liga Super 2024/25, buat semua penyokong skuad Gergasi Merah. Lebih manis, hatrik itu menamatkan kemarau jaringan Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden simbahan asid pada Mei tahun lepas. “Terima kasih kepada semua penyokong. Terima kasih kepada rakyat Selangor, tiga gol ini adalah tiga gol untuk anda semua rakyat Selangor, untuk pasukan Selangor. “Terima kasih kepada kawan-kawan saya, terima kasih pengurusan, terima kasih penyokong Selangor,” katanya dalam hantaran di Instagram Story Selangor FC. Dalam perlawanan berdepan Kelantan Darul Naim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam, Faisal Halim mencipta hatrik selepas meledak jaringan pada minit ke-13, minit ke-45+2 dan minit ke-66 untuk membantu Selangor melakar kemenangan 7-0. Empat l...

Liga Super: Kelantan Darul Naim FC tersungkur dibelasah Penang FC 1-6

Image
 KOTA BHARU – Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus merekodkan kekalahan apabila dibelasah Penang FC dengan keputusan 1-6 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi. Penang FC perlu menunggu sehingga minit ke-29 untuk membuka jaringan hasil ‘bicycle kick’ Rodrigo Da Silva selepas menerima sepakan penjuru daripada rakan sepasukannya. Jaringan tersebut menaikkan semangat anak Penang FC yang dikendalikan oleh Wan Rohaimin Wan Daud untuk terus menggempur kubu tuan rumah bagi melebarkan jurang jaringan. KDN bagaimanapun mengejutkan skuad Harimau Kumbang apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 hasil rembatan leret Muhammad Shahir Ab. Rashid yang tepat ke penjuru kanan gawang pelawat. Pemain kelahiran Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat memastikan Penang FC kembali mendahului apabila rembatannya menuju tepat ke dalam gawang tuan rumah pada minit ke-42 sebelum kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-2. Bermula babak ...