Tindakan bekas Ketua Wanita UMNO Perak sertai PAS sudah dijangka - Saarani

TAPAH -- Tindakan bekas Ketua Wanita UMNO Perak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin menyertai parti PAS, tidak memberikan sebarang kesan kepada UMNO, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. Menteri Besar Perak itu berkata tindakan Wan Norashikin, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampong Gajah berkenaan, sudah lama dijangka. “Kami sudah menjangkakannya sejak lama...jadi, perkara itu tidak memberi sebarang kesan. Dia hanya menyebabkan kekurangan satu undi di Parlimen Pasir Salak dan DUN Kampong Gajah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sejati MADANI: Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Kampung Kenangan di sini hari ini. Wan Norashikin, yang ditemani suaminya iaitu Setiausaha PAS Kawasan Tapah Muhammad Noor Farid Zainal menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang sempena Ceramah Mega PRK Ayer Kuning di Kampung Tanjung Keramat di sini, malam tadi. Dalam pada itu, Saarani menangkis ...