Posts

Showing posts with the label IDCC

Pemilihan CEC DAP 2025: Gobind Singh raih undi tertinggi

Image
Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo meraih undi tertinggi pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu yang berlangsung hari ini. Gobind yang juga Menteri Digital memperoleh 2,785 undi, diikuti rapat oleh Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dengan 2,631 undi; Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (2,585 undi); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Datuk Ng Suee Lim (2,563 undi); dan Ahli Parlimen Seremban yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke (2,508 undi). Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pemilihan CEC DAP Desmond Tan dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini. Berikut adalah senarai 30 ahli CEC untuk penggal 2025-2028: 1.⁠ ⁠Gobind Singh Deo (2,785) 2.⁠ ⁠Chong Chieng Jen (2,631) 3.⁠ ⁠Teo Nie Ching (2,585) 4.⁠ ⁠Ng Suee Lim (2,563) 5.⁠ ⁠Anthony Loke Siew Fook (2,508) 6.⁠ ⁠Yeo Bee Yin (2,503) 7.⁠ ⁠Ng Sze Han (2,437) 8.⁠ ⁠Khok Poay Tiong (2,390) 9.⁠ ⁠Chan F...
Image
Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan berlangsung pada 10 pagi 16 Mac 2025 dengan 70 calon bakal berentap merebut 30 tempat dalam jawatankuasa berkenaan. Proses pemilihan yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor bersempena dengan Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu akan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng, diikuti ucapan dasar Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook seterusnya pemilihan CEC. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim sebelum ini berkata sebanyak 4,203 perwakilan dari 1,650 cawangan layak mengundi pada pemilihan berkenaan. Antara nama utama bagi perebutan kerusi CEC itu ialah Loke, Guan Eng, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Sim dan Chong Chieng Jen.  Pemilihan kali ini juga mengetengahkan 15 calon wanita bagi merebut sembilan kerusi yang dikhaskan untuk mereka antaranya Hannah Yeoh, Teresa Kok, Teo Nie Ching, Yeo Bee Yin, Young Sy...