Posts

Showing posts with the label Pemilihan CEC

Pemilihan CEC DAP 2025: Teresa Kok, Sivakumar tidak terpilih

Image
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok gagal menempatkan diri dalam senarai 30 Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan DAP yang berakhir petang ini 16 Mac 2025. Turut tidak tersenarai ialah Timbalan Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar. Keputusan penuh CEC itu diumumkan Pegawai Pengurus Pemilihan CEC DAP, Desmond Tan di sini hari ini, selepas hampir tiga jam proses kiraan undi berlangsung. Dalam pengundian yang berlangsung, Kok mendapat 1331 undi, manakala Sivakumar memperoleh 1,542 undi. Teresa Kok dan Sivakumar tidak terpilih dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP 2025. Berikut adalah beberapa poin penting: Pemilihan CEC DAP 2025 : Pemilihan ini berlangsung semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam. 70 calon bertanding merebut 30 kerusi CEC. Keputusan Pemilihan : Teresa Kok dan Sivakumar tidak termasuk dalam 30 calon yang terpilih. Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo meraih undi tertin...

Pemilihan CEC DAP 2025: Anthony Loke kekal Setiausaha Agung

Image
Bekas Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng dilantik menjadi Penasihat DAP yang baharu bagi penggal 2025 hingga 2028. Jawatannya sebelum ini pula diisi Gobind Singh Deo, yang memperoleh undi tertinggi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini pada Ahad. Nga Kor Ming pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan sementara Anthony Loke kekal sebagai Setiausaha Agung parti itu. Seramai lima Naib Pengerusi Kebangsaan dipilih iaitu Chong Chieng Jen, Teo Nie Ching, Ng Suee Lim, Syahredzan Johan dan J Arul Kumar. Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2025-2028: Penasihat Parti: Lim Guan Eng Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Nga Kor Ming Naib Pengerusi Kebangsaan: 1) Chong Chieng Jen 2) Teo Nie Ching 3) Ng Suee Lim 4) Syahredzan Bin Johan 5) Arul Kumar A/L Jambunathan Setiausaha Agung: Loke Siew Fook Timbalan Setiausaha Agung: 1) Sim Chee ...

Pemilihan CEC DAP 2025: Gobind Singh raih undi tertinggi

Image
Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo meraih undi tertinggi pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu yang berlangsung hari ini. Gobind yang juga Menteri Digital memperoleh 2,785 undi, diikuti rapat oleh Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dengan 2,631 undi; Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (2,585 undi); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Datuk Ng Suee Lim (2,563 undi); dan Ahli Parlimen Seremban yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke (2,508 undi). Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pemilihan CEC DAP Desmond Tan dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini. Berikut adalah senarai 30 ahli CEC untuk penggal 2025-2028: 1.⁠ ⁠Gobind Singh Deo (2,785) 2.⁠ ⁠Chong Chieng Jen (2,631) 3.⁠ ⁠Teo Nie Ching (2,585) 4.⁠ ⁠Ng Suee Lim (2,563) 5.⁠ ⁠Anthony Loke Siew Fook (2,508) 6.⁠ ⁠Yeo Bee Yin (2,503) 7.⁠ ⁠Ng Sze Han (2,437) 8.⁠ ⁠Khok Poay Tiong (2,390) 9.⁠ ⁠Chan F...
Image
Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP akan berlangsung pada 10 pagi 16 Mac 2025 dengan 70 calon bakal berentap merebut 30 tempat dalam jawatankuasa berkenaan. Proses pemilihan yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor bersempena dengan Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu akan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng, diikuti ucapan dasar Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook seterusnya pemilihan CEC. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim sebelum ini berkata sebanyak 4,203 perwakilan dari 1,650 cawangan layak mengundi pada pemilihan berkenaan. Antara nama utama bagi perebutan kerusi CEC itu ialah Loke, Guan Eng, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Sim dan Chong Chieng Jen.  Pemilihan kali ini juga mengetengahkan 15 calon wanita bagi merebut sembilan kerusi yang dikhaskan untuk mereka antaranya Hannah Yeoh, Teresa Kok, Teo Nie Ching, Yeo Bee Yin, Young Sy...