Posts

Showing posts with the label Terbitan awam

SumiSaujana sasar kumpul RM74.4 juta daripada IPO

Image
Pengeluar bahan kimia khusus minyak dan gas (O&G) yang bakal disenaraikan di Pasaran  ACE, SumiSaujana Group Bhd mahu mengumpulkan RM74.4 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO). IPO syarikat merangkumi penerbitan 310.0 juta saham baharu pada harga terbitan 24 sen sesaham. Daripada jumlah hasil, 54 peratus (RM40.2 juta) akan digunakan untuk membangunkan sebuah gudang dan pejabat korporat baharu di Puncak Alam, 25.4 peratus (RM18.9 juta) dipakai untuk membeli kilang sedia ada di Puncak Alam, 10.3 peratus (RM7.6 juta) untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan, 2.8 peratus (RM2.1 juta) sebagai perbelanjaan modal dan 7.5 peratus (RM5.6 juta) untuk belanja penyenaraian. Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif SumiSaujana, Norazlam Norbi berkata hasil yang dikumpulkan akan meningkatkan operasi, menyokong pengeluaran skala yang lebih besar dan mengukuhkan kehadiran syarikat di pasaran utama. "Kehadiran kami melangkaui Malaysia dan kami telah berja...