Posts

Showing posts with the label MotoGP

MotoGP: Marquez tawan GP Thailand

Image
BURIRAM, Thailand – Pelumba Ducati, Marc Marquez membuktikan dia adalah pencabar sebenar dalam perebutan gelaran dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2025 selepas menakluk kemenangan aksi pembuka tirai di Grand Prix (GP) Thailand, semalam. Marquez yang memulakan perlumbaan di petak utama berjaya mengatasi cabaran sengit adiknya, Alex Marquez (Gresini Ducati) untuk mencipta kemenangan dramatik di Litar Antarabangsa Buriram. Pada perlumbaan tersebut, Alex memberi tentangan cukup sengit apabila berjaya memintas abangnya, tetapi Marquez kembali memimpin aksi pada baki tiga pusingan untuk menjuarai perlumbaan tersebut. Sementara itu, rakan sepasukan Marquez, Francesco Bagnaia melengkapkan podium di tempat ketiga dan Franco Morbidelli (VR46) tempat keempat. Hasil kemenangan tersebut, Marquez kini berjaya melengkapkan tiga kemenangan di Grand Prix Thailand selepas muncul juara pada 2018, 2019 bersama pasukan Repsol Honda dan terkini dengan pasukan Ducati. Kemenangan tersebut menandakan ke...

MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang

Image
Pelumba Itali Franco Morbidelli mencatatkan masa sepusingan terpantas  pada hari kedua yang agak kurang dramatik pada sesi Ujian Rasmi MotoGP Selang 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini 06/02/2025. Keadaan ini jauh berbeza dengan sesi pembukaan semalam yang menyaksikan beberapa kemalangan ngeri. Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat (s) pada pusingan ke-18 pagi ini, lebih pantas daripada catatan masanya dalam kelayakan pada Grand Prix (GP Malaysia) tahun lepas, menjadikannya pelumba terpantas selepas hari kedua Ujian Musim Sejuk. Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo, yang terpantas semalam dengan masa 1:57.555s, meningkatkan masanya kepada 1:57.324s untuk menduduki tempat kedua di hadapan Alex Marquez dari Gresini Racing (1:57.340s). Morbidelli, 30, yang merupakan pelumba pertama dari Akademi Pelumba VR46 di bawah bimbingan legenda MotoGP Valentino Rossi, gembira dengan prestasi ma...