Posts

Showing posts with the label Pengawal peribadi

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Image
 Seorang ahli perniagaan yang mencederakan dua pengawal peribadi kerana berpuasa pada 2021, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun 10 bulan dan didenda RM22,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga kesalahan iaitu ugutan, mencederakan mangsa serta mengeluarkan perkataan dengan niat sengaja melukakan perasaan mereka. Majistret Siti Zubaidah Mahat turut memerintahkan Chung Chee Yang, 47, dipenjara 21 bulan sekiranya gagal melunaskan denda. Siti Zubaidah memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Chung gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap kesemua pertuduhan pindaan. “Bagi kes mengugut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tertuduh dihukum penjara lima tahun dan denda RM10,000, manakala kes kedua iaitu mengeluarkan perkataan-perkataan melukakan agama Islam di bawah Seksyen 298 kanun sama, dipenjara setahun serta denda RM10,000. “Bagi kes sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pengawal peribadi mengikut Seksyen 323 ka...

Nasib majikan pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa diketahui Jumaat ini

Image
Nasib seorang ahli perniagaan yang dituduh memukul dan menghina dua pengawal peribadinya kerana berpuasa akan diketahui di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat ini. Berdasarkan sistem e-filing (EFS), prosiding keputusan itu akan didengar di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat pada pukul 9 pagi. -Advertisement- Chung yang merupakan majikan kepada dua pengawal peribadi tersebut mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan dihadapinya. Ini termasuk dua pertuduhan telah bersubahat dengan pembantu peribadinya dengan mengarahkannya untuk sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Ahmad Shamsuri Zailani, 31, dan Mohd. Azminizam Zulkepli, 48, dengan menggunakan senjata iaitu sebatang rotan. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman tersebut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan ( KK ). Chee Yang yang terlibat dalam beberapa pelaburan termasuk hartanah itu juga dituduh menakutkan secara jenayah terhadap Mohd. Azminizam mengguna...