Posts

Showing posts with the label Penjual belon

Abang belon ada 13 rekod lampau

Image
Dua daripada tiga kertas siasatan berhubung insiden membabitkan ‘abang belon’ dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini baru-baru ini telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua-dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Jelasnya, siasatan terbabit melibatkan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menyebabkan kecederaan parah secara sukarela. “Satu lagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah masih menunggu maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung sebuah laman web yang dikaitkan dengan kes tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang akhbar operasi Cyber Guardian di Bukit Aman di sini hari ini. Dalam pada itu, menurut sumber, semakan rekod lampau terhadap penjaj...

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Image
 Polis menerima tiga laporan berhubung kes pergelutan antara anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan seorang penjaja belon di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, yang tular baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azry Akmar Ayob berkata laporan polis pertama dibuat seorang anggota penguat kuasa DBKL semalam dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. Beliau berkata laporan kedua juga dibuat seorang lagi anggota penguat kuasa DBKL, pada hari sama atas penyebaran gambar pengadu laporan pertama yang dimuat naik di aplikasi Facebook berserta ugutan. “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini. DBKL dalam kenyataan sebelum ini berkata insiden itu berlaku susulan penjaja berkenaan enggan memberi kerjasama mematuhi arahan penguat kuasa selain didakwa bertindak agresif terhadap ang...