Posts

Showing posts with the label Tabika

Lebih 70 peratus kanak-kanak pra tahfiz Tabika Kemas kuasai 10 surah

Image
Lebih 70 peratus daripada keseluruhan 55,269 kanak-kanak yang mengikuti Program Pra Tahfiz Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berjaya menguasai 10 surah daripada Juzuk 30 (Juzuk Amma) pada tahun lalu. Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd. Hanafiah Man berkata, pencapaian itu sesuatu yang membanggakan bagi kanak-kanak seawal usia lima hingga enam tahun menguasai hafazan al-Quran. “Pencapaian 70 peratus itu selepas anak-anak ini memasuki Program Pra Tahfiz Tabika Kemas yang mana pada awalnya tanpa sebarang asas dapat menguasai 10 surah. “Bagi tahun 2025 jumlah ini akan bertambah, sehingga 120,000 kanak-kanak apabila Kemas melaksanakan peluasan sebanyak 4,000 kelas tabika pra tahfiz yang melibatkan 60,000 kanak-kanak,” katanya pada sidang akhabar di sini hari ini. Program Pra Tahfiz Tabika Kemas merupakan satu program untuk memperkasakan lagi Pendidikan al-Quran dengan sasaran melahirkan seramai 100,000 kanak-kanak huffaz cilik yang bermula tahun lalu. Mo...

Kemas perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid

Image
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu merupakan komitmen kerajaan dalam memastikan pendidikan al-Quran terus menjadi tunjang dalam membina generasi pewaris negara yang berakhlak, berilmu dan berdaya saing. “Usaha ini bermula dengan pelaksanaan rintis di 100 Tabika KEMAS, melibatkan 1,500 kanak-kanak. Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan hingga 2024, penyertaan meningkat kepada 55,269 kanak-kanak. “Saya percaya ini membuktikan bahawa masyarakat menyambut baik usaha KEMAS untuk memperkukuh nilai-nilai Islam dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata selain pendidikan, K...