Posts

Showing posts with the label AG

Terima kasih Azalina kerana tolong koordinasi gag order - Zahid

Image
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menghargai tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said yang membantu mengkoordinasi perintah larangan mengulas (gag order) berkaitan titah adendum terkait Najib Razak. “Ini masanya saya ulas, itu usaha yang dicadangkan oleh Jabatan Peguam Negara dan saya tentunya berterima kasih kepada menteri undang-undang Azalina yang mengkoordinasikannya dengan Pejabat Peguam Negara dalam hal ini,” katanya ringkas kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Inap Desa dengan pihak-pihak berkepentingan, di bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur hari ini. Ahmad Zahid mengulas pendirian Umno berhubung keputusan kerajaan memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah “tutup mulut” daripada mahkamah bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan titah adendum. Azalina sebelum ini dilaporkan berkata perintah larangan itu tidak sepatutnya dilakukan.  Ini,...