Posts

Showing posts with the label Helikoprer

Helikopter terbakar di Bentong: TNB arah pemberhentian kerja guna helikopter kedua

Image
Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong. TNB menerusi hantaran di akaun Facebook TNB Careline hari ini mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian sebuah helikopter terhempas ketika mendarat untuk mengisi minyak berdekatan tapak projek TNB di kawasan Bentong, Pahang. “TNB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. “Laporan awal menyatakan bahawa juruterbang berjaya dikeluarkan dengan selamat manakala seorang pekerja syarikat helikopter (warga Indonesia) meninggal dunia,” menurut hantaran itu. Terdahulu Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pahang mengesahkan seorang jurutera warga Indonesia maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak. Bagaimanapun dalam kejadian berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Ben...

[VIDEO] Helikopter terbakar di Bentong, jurutera warga Indonesia maut

Image
BENTONG - Seorang jurutera yang juga warga Indonesia maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong, Pahang, pagi ini 6 Februari 2025. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria yang mengesahkan perkara itu berkata juruterbang helikopter berkenaan terselamat dan tidak mengalami kecederaan. Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut manakala helikopter itu terbakar serta musnah 100 peratus. Kejadian berlaku berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong. Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pahang memaklumkan sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian bersama satu unit Fire Rescue Tander (FRT) dan tiba di lokasi pada 10.52 pagi. “Berdasarkan laporan saksi di tempat kejadian, helikopter itu telah melakukan pendaratan di lokasi ...