Posts

Showing posts with the label Sungai Masin

[VIDEO] Remaja lelaki ditahan cabul kanak-kanak perempuan di masjid Batang Kali

Image
Polis menahan seorang remaja lelaki kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor, yang rakaman video kejadian tular di media sosial hari ini 21 Februari 2025. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan video yang tular di media sosial pada 8.19 pagi tadi. “Susulan itu, lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap kanak-Kanak 2017, dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk permohonan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60651021. Sementara itu, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah menerusi kenyataan media menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai biadap dan tidak boleh diterima umat Islam, dan seola...