🎦 Muhyiddin dan Ismail belanja RM700 juta untuk promosi, iklan - PM Anwar


🎦 Muhyiddin dan Ismail belanja RM700 juta untuk promosi, iklan - PM Anwar

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170606

Kerajaan telah membelanjakan RM700 juta sejak 2020 hingga 2022 untuk promosi, iklan dan publisiti untuk kerajaan.

Berkongsi angka itu di Dewan Rakyat pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan lebih RM500 juta dibelanjakan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, selebihnya dibelanjakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob namun beliau tidak membelanjakan sepenuhnya peruntukan itu.

“Bera (Ismail Sabri) tidak belanja setinggi itu kerana ada lebihan. Sebab itu pada 2023, saya tidak ada apa-apa peruntukan selain meneruskan kontrak yang dibuat semasa Bera.

“Jadi, RM700 juta, atau lebih kurang pada peringkat awal... RM300 juta setahun… itu pada saya melanggar peraturan dan tata kelola dan keterlaluan.

“Oleh itu saya telah mengarahkan perbelanjaan mulai tahun depan, kerana tahun ini saya hanya mengambil kontrak sedia ada, meneruskan kontrak dipersetujui oleh Bera.

“Bermakna tahun 2023 tiada peruntukan. Untuk 2024, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan tidak meluluskan lebih daripada RM100 juta,” katanya.

Tegas Anwar, beliau berpendapat kerajaan tidak harus dibebankan dengan iklan dan publisiti tambahan untuk Perdana Menteri kerana ia boleh dilakukan menerusi program turun padang dan menerangkan isu dalam media massa.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan P Prabakaran (PH-Batu) berkaitan perbelanjaan promosi, iklan dan publisiti kerajaan dari tahun 2020 hingga 2022.

Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) kemudian bangkit bertanya berapakah jumlah peruntukan bagi poster melibatkan PM Anwar.

Menurutnya, beliau pergi ke Kuala Selangor dan dakwanya, sepanjang jalan malah setiap satu kilometer ada poster Perdana Menteri.

“Saya lihat di tepi jalan, saya pergi ke Kuala Selangor, boleh dikatakan sepanjang jalan, setiap satu kilometer ada gambar Perdana Menteri. Berapakah belanja untuk hal tersebut,” soal Rosol.

Anwar kemudian menjawab: "Seperti mana saya sebut, billboard yang ada itu adalah dalam perjanjian pada tahun 2022 dengan Bera. Saya tidak ada perjanjian baharu.

“Perjanjian itu adalah untuk promosi sama ada Perdana Menteri, iklan dan program itu diteruskan berdasarkan perjanjian pada 2022 kerana pada 2023, tidak ada perjanjian peruntukan baharu.

“Itu harus jelas. Billboard itu hanya menggantikan apa yang telah ditandatangani, foto Bera dengan foto Tambun. Itu saja,” jawab Perdana Menteri.

https://youtu.be/ne0hHDKuI6o

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP