🎦 Konsert “Tujuh Vibrato Gitar”, menampilkan 7 gitaris hebat negara
🎦 Konsert “Tujuh Vibrato Gitar”, menampilkan 7 gitaris hebat negara
Satu konsert bakal diadakan Jumaat ini yang dianggap jarang berlaku di pentas hiburan di Malaysia.
Konsert yang diberi nama “Tujuh Vibrato Gitar” itu bakal mengumpulkan pemain gitar terkemuka tanah air di satu pentas yang sama.
Menurut Joe Branko yang juga penganjur konsert berkata, idea pembikinan konsert ini sudah lama menjadi impiannya dan teruja untuk merealisasikannya.
Pada konsert itu juga, mereka akan diiringi kumpulan Barbarik dianggotai Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboard) dan Ainoll (dram) serta nyanyian daripada penyanyi rock popular, Datuk Hattan, Muss dan Lan Solo.
Comments
Post a Comment