🎦 Agong belanja Putera Albert II air cendol warung selepas lawatan ke Pusat Konservasi Harimau dan Gajah Kuala Gandah
🎦 Agong belanja Putera Albert II air cendol warung selepas lawatan ke Pusat Konservasi Harimau dan Gajah Kuala Gandah
BACA seterusnya di https://pakdin.my/173864
`Selamba dan ‘sempoi’, demikian pandangan rakyat terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila secara bersahaja menikmati cendol bersama Putera Monaco, Putera Albert II di sebuah gerai hari ini.
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan singgah menikmati minuman cendol bersama Yang Teramat Mulia Putera Monaco, Putera Albert II di gerai Cendol Lily, Lanchang, Pahang selepas tamat lawatan ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunggang gajah sempena lawatan Putera Monaco, Putera Albert II ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan( PKGK ) Kuala Gandah, Lanchang hari ini.
Al Sultan Abdullah menunggang gajah diberi nama Myainton Pian berusia 49 tahun yang dibawa masuk dari Myanmar, manakala Putera Menaco menunggang gajah bernama Alang dengan dikawal kakitangan terlatih di PKGK Kuala Gandah.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah pula menunggang gajah bernama Abot, manakala seorang lagi kerabat Diraja Menaco menunggang gajah bernama Rambai.
Sebanyak tujuh ekor gajah turut membuat pertunjukan iaitu Abot, Alang, Myainton Pian, Kasturi, Timur serta Lasa dan setakat ini terdapat sebanyak 25 ekor gajah di PKGK Kuala Gandah yang menjadi daya tarikan domestik dan asing.
Sebelum berangkat pulang Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Putera Monaco, Putera Albert II beramah mesra dan memberi wang kepada sekumpulan pelajar Sekolah.
Sultan Abdullah dan Putera Albert II bertindak menuruni kenderaan rasmi bagi menyantuni pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Bolok, Lanchang, Pahang.
Ketika itu Baginda bersama Putera Albert II baharu selesai lawatan ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.
@pakdin.my #Agong belanja #PuteraAlbertII air #cendol ♬ original sound - pakdin.my
Comments
Post a Comment