Nepal haramkan TikTok dakwa ganggu keharmonian sosial


Nepal haramkan TikTok dakwa ganggu keharmonian sosial

BACA seterusnnya di: https://pakdin.my/173622

Kerajaan Nepal memutuskan untuk mengharamkan aplikasi media sosial popular TikTok semalam kerana menganggap aplikasi itu mengganggu keharmonian sosial di negara itu.

"Keputusan untuk mengharamkan telah dibuat hari ini (semalam), dan pihak berkuasa yang berkaitan sedang menangani isu-isu teknikal," kata Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Rekha Sharma.

Sharma berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati pengguna TikTok berkongsi kandungan yang mengganggu keharmonian sosial, struktur keluarga dan hubungan sosial.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sebab yang telah mencetuskan larangan tersebut.

Sementara itu, pemimpin parti Kongres Nepal, Gagan Thapa berkata hasrat kerajaan itu seolah-olah menyekat kebebasan bersuara.

"Peraturan diperlukan untuk tidak menggalakkan mereka yang menyalahgunakan media sosial, tetapi tindakan menutup media sosial atas nama peraturan adalah benar-benar salah," katanya melalui hantaran di platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa hari Nepal memperkenalkan arahan yang mewajibkan semua platform media sosial yang beroperasi di negara itu untuk menubuhkan pejabat.

TikTok mempunyai kira-kira satu bilion pengguna menghadapi sekatan di banyak negara kerana didakwa melanggar peraturan data dan berpotensi memberi kesan yang membahayakan belia.

Menurut agensi pemasran We Are Social, TikTok adalah platform sosial keenam paling banyak digunakan di seluruh dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP