Makan kacang gajus boleh tambah tenaga, kuat tulang - Public Health Malaysia


Makan kacang gajus boleh tambah tenaga, kuat tulang - Public Health Malaysia

BACA di: https://pakdin.my/173690

Kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook hari ini, kacang gajus dilihat sering dijadikan sebagai makanan ringan disebabkan memiliki khasiat yang pelbagai.

Katanya, gajus antara nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran tenaga, kesihatan otat dan kuatkan imuniti badan.

“Gajus rendah gula dan kaya dengan serat, lemak yang menyihatkan jantung dan memiliki protein tumbuhan.

“Gajus bukan sahaja sedap, ia juga mengandungi banyak nutrien dan mineral yang baik untuk kesihatan.

“Ia ada fungsi anti radang, mempunyai gula rendah dan baik untuk kesihatan jantung,” kongsinya.


10 Khasiat Kacang Gajus kepada Kesihatan

1. Baik untuk Jantung

Kekacang adalah merupakan antara sumber lemak tak tepu yang senang didapati dan mudah untuk diimplimen di dalam diet seharian. Kajian mendapati bahawa pengambilan kekacang di dalam diet seharian sebanyak 0.5 hidangan mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular [1].

2. Sumber Serat yang Baik

Setiap individu dewasa disarankan untuk mengambil sumber serat di dalam pemakanan seharian sebanyak 20-30g. Kacang gajus merupakan salah satu sumber makanan yang turut mengandungi kandungan serat yang signifikan. Cadangan pengambilan snek seperti kekacang adalah sebanyak segenggam di mana ia bersamaan dengan satu pertukaran lemak [2].

3. Berpotensi Menurunkan Kadar Insulin (Diabetes Mellitus)

Kacang gajus yang kaya dengan pelbagai nutriens seperti MUFA dan juga kompoun polifenol berpotensi untuk menurunkan paras kolesterol dan juga insulin bagi pesakit diabetes mellitus jenis 2 [3]. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan diet yang seimbang termasuk dengan pemilihan lemak daripada sumber lemak mono-tak tepu dan juga poli-tak tepu mampu menurunkan faktor risiko sindrom metabolik [4].

Walaubagaimanapun, saranan pengambilan diet seharian untuk pesakit diabetes mestilah dirujuk kepada pegawai perubatan ataupun pegawai dietetik. Harus diingatkan meskipun kacang gajus berpotensi menurunkan paras insulin, namun, ia bukanlah satu tiket untuk mengambil kekacang ini dalam jumlah yang baik.

4. Meningkatkan Pembentukan Sel Darah Merah

Anemia merupakan salah satu masalah kesihatan yang tidak asing lagi terutama sekali dalam kalangan ibu-ibu mengandung. Sumber kekacang seperti kacang gajus kaya dengan sumber mikro-nutriens, copper [2]. Copper merupakan nutriens yang terdapat di dalam makanan dan ia akan membantu dalam penyerapan zat besi [5]. Umum kita mengetahui bahawa zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.

5. Membantu dalam Pembentukan Tulang

Selain daripada tinggi dengan kandungan MUFA, kacang gajus juga tinggi dengan kandungan fosforus. Fosforus merupakan nutrien yang bertindak sebagai struktur komponen bagi tulang [6]. Fosforus akan terlibat di dalam proses pembentukan tulang atau bone mineralization [7].

6. Meningkatkan Sistem Imuniti

Pengambilan kacang gajus juga membantu dalam meningkatkan sistem imuniti badan. Zink memainkan peranan yang penting terhadap pembentukan dan juga fungsi sel imuniti seperti neutrophil [8].

7. Sumber Tenaga yang Baik

Selain dari itu, salah satu khasiat kacang gajus adalah boleh membantu metabolisma badan. Kandungan magnesium yang tinggi di dalam kacang gajus juga mampu memainkan peranan sebagai pembekal sumber tenaga yang baik kepada individu. Hal ini demikian kerana, penghasilan tenaga di dalam tubuh manusia dipengaruhi oleh kehadiran magnesium. Magnesium memainkan fungsi penting sebagai co-factor dalam penghasilan adenosine triphosphate (ATP), sejenis molekul yang membawa tenaga di dalam sel [9].

8. Berpotensi dalam Melindungi Mata

Lutein dan zeaxanthin adalah merupakan carotenoid yang turu terdapat di dalam kacang gajus. Lazimnya, kedua-dua anti-oksidan ini berada pada bahagian retina mata [10]. Keduanya memainkan peranan sebagai anti-keradangan dan mampu mengurangkan risiko penyakit age-macular degeneration (AMD) dan juga kemerosotan penglihatan [11].

9. Membantu dalam Mengawal Berat Badan

Kacang gajus yang kaya dengan sumber protein dan juga serat berfungsi dalam meningkatkan rasa kenyang (satiety) kepada individu.  Sebuah kajian mencadangkan pengambilan sumber kekacang sebanyak segenggam sebagai sebahagian dalam diet seimbang perlu dipraktikkan bagi mengurangkan risiko obesity dan juga penyakit diabetes mellitus [12].

10. Bertindak sebagai Anti-Oksidan

Khasiat kacang gajus terakhir adalah ia boleh bertinda sebagai anti-oksidan. Kompoun polifenol yang terdapat di dalam kacang gajus membantu dalam memainkan fungsi sebagai anti-oksidan. Setiap tubuh badan manusia akan menghasilkan radikal bebas yang menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan, manakala, anti-oksidan pula akan bertindak sebagai scavenger yang menangkap radikal bebas di dalam tubuh  [13].

Rujukan:

  1. X. Liu et al., “Changes in Nut Consumption and Subsequent Cardiovascular Disease Risk Among US Men and Women: 3 Large Prospective Cohort Studies,” J. Am. Heart Assoc., vol. 9, no. 7, p. e013877, 2020 - https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32233756/
  2. Z. Arsad, N. Baine, and M. Johor, Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. 2010.
  3. R. D. Damavandi et al., “Effects of daily consumption of cashews on oxidative stress and atherogenic indices in patients with type 2 diabetes: A randomized, controlled-feeding trial,” Int. J. Endocrinol. Metab., vol. 17, no. 1, pp. 1–7, 2019, doi: 10.5812/ijem.70744. - https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6408729/
  4. F. Qian, A. A. Korat, V. Malik, and F. B. Hu, “Metabolic effects of monounsaturated fatty acid-enriched diets compared with carbohydrate or polyunsaturated fatty acid-enriched diets in patients with type 2 diabetes: A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials,” Diabetes Care, vol. 39, no. 8, pp. 1448–1457, 2016, doi: 10.2337/dc16-0513. - https://watermark.silverchair.com/dci160034.pdf
  5. 2005 Tang et al., “Metabolic Crossroads of Iron and Copper,” Bone, vol. 23, no. 1, pp. 1–7, 2008, doi: 10.1111/j.1753-4887.2010.00271.x.Metabolic.
  6. MS Calvo, “Phosphorus 1,” pp. 2012–2014, 2015, doi: 10.3945/an.115.008516.TABLE.
  7. J.-P. Bonjour, “Calcium and phosphate: a duet of ions playing for bone health.,” J. Am. Coll. Nutr., vol. 30, no. 5 Suppl 1, pp. 438S–48S, Oct. 2011, doi: 10.1080/07315724.2011.10719988.
  8. A. H. Shankar and A. S. Prasad, “Zinc and immune function: the biological basis of altered resistance to infection.,” Am. J. Clin. Nutr., vol. 68, no. 2 Suppl, pp. 447S-463S, Aug. 1998, doi: 10.1093/ajcn/68.2.447S.
  9. P. Carvil and J. Cronin, “Magnesium and implications on muscle function,” Strength Cond. J., vol. 32, no. 1, pp. 48–54, 2010, doi: 10.1519/SSC.0b013e3181c16cdc.
  10. A. G. Murillo, S. Hu, and M. L. Fernandez, “Zeaxanthin: Metabolism, properties, and antioxidant protection of eyes, heart, liver, and skin,” Antioxidants, vol. 8, no. 9, pp. 1–18, 2019, doi: 10.3390/antiox8090390.
  11. S. Buscemi, D. Corleo, F. Di Pace, M. L. Petroni, A. Satriano, and G. Marchesini, “The effect of lutein on eye and extra-eye health,” Nutrients, vol. 10, no. 9, pp. 1–24, 2018, doi: 10.3390/nu10091321.
  12. C. L. Jackson and F. B. Hu, “Long-term associations of nut consumption with body weight and obesity,” Am. J. Clin. Nutr., vol. 100, no. SUPPL. 1, pp. 408–411, 2014, doi: 10.3945/ajcn.113.071332.
  13. Siracusa R, Fusco R, Peritore AF, Cordaro M, D’Amico R, Genovese T, Gugliandolo E, Crupi R, Smeriglio A, Mandalari G, Cuzzocrea S, Di Paola R, Impellizzeri D. The Antioxidant and Anti-Inflammatory Properties of Anacardium occidentale L. Cashew Nuts in a Mouse Model of Colitis. Nutrients. 2020 Mar 20;12(3):834. doi: 10.3390/nu12030834. PMID: 32245085; PMCID: PMC7146548. Available at: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7146548/ 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP