🎦 'Now And Then', lagu terakhir The Beatles
🎦 'Now And Then', lagu terakhir The Beatles
BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170494
LONDON - Lagu Beatles baharu yang dihasilkan dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan akan dikeluarkan pada Khamis, selepas lebih empat dekad ia dirakam sebagai demo.
'Now And Then', pertama kali ditulis dan dinyanyikan oleh Lennon pada tahun 1978, telah disiapkan oleh rakan-rakan kumpulannya Paul McCartney dan Ringo Starr serta AI.
Lagu berkenaan akan dilancarkan oleh Apple Corps, Capitol dan Universal Music Enterprises, dengan video muzik bakal ditayangkan pada Jumaat.
McCartney, 81, mengumumkan pelancaran lagu itu pada bulan Jun, dalam apa yang digelar dalam treler promosi lagu Beatles terakhir.
"Ia agak emosional dan kami semua terlibat, ia adalah rakaman Beatles tulen," katanya dalam video di YouTube menjelang tayangannya.
'Now And Then' ialah salah satu daripada beberapa lagu dalam kaset; Lennon telah rakamkan untuk McCartney di rumahnya di Bangunan Dakota New York pada tahun 1979, setahun sebelum kematiannya.
Karya itu akan diserahkan kepada McCartney, oleh balu Lennon, Yoko Ono pada tahun 1994.
Dua lagu lain, 'Free As A Bird' dan 'Real Love', telah diselesaikan oleh penerbit Jeff Lynne, dan dikeluarkan pada tahun 1995 dan 1996.
Terdapat percubaan untuk melakukan perkara sama dengan 'Now and Then' tetapi projek itu terbengkalai kerana bunyi latar belakang pada demo.
Teknologi AI, membolehkan bunyi latar belakang tersebut 'dibersihkan'. Selepas rakaman itu diproses menggunakan AI, terhasillaj suara John, yang lebih 'jernih', kata McCartney.
Dua anggota Beatles yang masih hidup menyiapkan 'Now And Then' tahun lepas, termasuk rakaman akustik gitaris George Harrison yang dirakam pada 1995.
Ketika rakaman di Capitol Studios di Los Angeles, mereka turut menambah bahagian dram Starr bersama bes, piano, gitar slaid solo oleh McCartney yang diilhamkan oleh Harrison dan lebih banyak vokal sokongan.
Starr, 83, menambah proses itu "adalah yang paling bermakna pernah kami usahakan untuk membawa dia (Lennon) kembali ke dalam studio, jadi ia sangat emosional untuk kami semua".
"Ia seperti John berada di sana, anda tahu. Ia jauh."
Sean Ono Lennon, anak kepada Lennon dan Ono, berkata dia sangat sayu mendengar bekas Beatles bekerjasama semula selepas bertahun-tahun ayahnya telah tiada.
"Ia adalah lagu terakhir yang ayah saya, Paul, George dan Ringo dapat cipta bersama. Ia seperti kapsul masa dan semuanya terasa sangat sesuai," tambahnya.
The Beatles yang dianggotai Lennon, McCartney, Starr dan Harrison berpecah pada tahun 1970, dengan masing-masing mempunyai kerjaya solo, tetapi mereka tidak pernah bersatu semula.
McCartney berkata pada mulanya dia berasa sedih sama ada mereka perlu melengkapkan lagu itu atau membiarkannya belum selesai.
Lennon ditembak mati di New York pada tahun 1980 pada usia 40 tahun, manakala Harrison meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun 2001, pada usia 58 tahun.
'Now And Then' akan dikeluarkan sebagai double A-side, dengan single debut band 1962 "Love Me Do".- AFP
https://youtu.be/Opxhh9Oh3rg?si=alrChsG9URkWKWuV
Comments
Post a Comment