3 murid maut, sekolah ditimpa tanah runtuh


3 murid maut, sekolah ditimpa tanah runtuh



BOGOTA: Tiga kanak-kanak maut apabila sebuah sekolah luar bandar ditimpa tanah runtuh di Andes, barat laut Colombia, semalam.

Tanah runtuh itu menimbus sekumpulan murid yang sedang menjalani waktu rehat bersama seorang guru dan ibu seorang kanak-kanak terbabit.

"Dimaklumkan berita amat menyedihkan: tiga kanak-kanak terkorban dalam kejadian ini," kata Datuk Bandar Andes, Carlos Osorio, kepada media tanpa memberikan butiran umur mangsa.

Bagaimanapun, beliau berkata, 17 murid lain bersama guru serta ibu yang tertimbus itu terselamat, manakala dua lagi kanak-kanak dirawat di sebuah hospital berdekatan dan berada dalam keadaan stabil.

Puluhan penduduk kampung membantu anggota penyelamat daripada pasukan tentera dalam usaha menyelamatkan mangsa terbabit.

Rakaman video dikongsikan dalam media sosial menunjukkan puluhan orang bertungkus lumus mengalihkan timbunan pokok dan runtuhan, selain dua mesin pengorek turut digunakan.

Tanah runtuh itu berlaku susulan hujan lebat yang melanda sebahagian besar Colombia akibat fenomena cuaca La Nina.

Cuaca hujan dijangka berterusan hingga September depan, menurut institut meteorologi. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP