Posts

Showing posts with the label Suka sama suka

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

Image
Kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan membimbangkan dengan menyaksikan peningkatan kes berlaku setiap tahun yang kebanyakannya membabitkan suka sama suka. Lebih membimbangkan, kebanyakan mangsa dan pelaku adalah remaja bawah umur iaitu seawal usia 10 tahun bagi perempuan dan 11 tahun bagi lelaki sehingga ada dalam kalangan mereka mengandung. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, ketika mendedahkan perkara itu berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan iaitu meningkat berbanding 2023 membabitkan 206 kes. Katanya, untuk suku pertama tahun ini juga merekodkan peningkatan 17.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. "Bagi saya kes rogol dan sumbang mahram sangat membimbangkan. Jika dulu lelaki yang mencari perempuan, namun kini di Kelantan sebaliknya yang berlaku apabila perempuan yang mencari lelaki untuk membuat hubungan. VIDEO berkaitan: "Ada kes beberapa bulan lalu, anak saudara perempuan berusia 10 tahun meminta membuat ...