Posts

Showing posts with the label Peremajaan parti

Peremajaan parti bukan mengenai umur semata - Mohamad

Image
Peremajaan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) bukan berkisar mengenai umur semata sebaliknya turut meliputi individu yang memiliki visi inklusif dan dapat menyesuaikan diri dengan dinamik politik semasa selain berpengetahuan luas. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemilihan Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, yang bukan dalam kalangan pemuda sebagai calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, adalah keputusan yang tepat. "Tidak semestinya semua calon perlu orang muda. Meremajakan parti ini, kita tidak mengatakan dari segi umur sahaja tapi berbagai-bagai termasuklah gerak kerja dan memberikan peluang kepada ahli akademik (untuk bertanding) "Dr Mohamad Yusri ini bukan sahaja ahli akademik berkelulusan tinggi tetapi berpengetahuan luas dalam arena politik. "Jadi, ini yang kita katakan sebagai meremajakan parti. Kita pilih pemuda bagi PRK Nenggiri dan PRK Mahkota kerana itu yang terbaik tetapi bukan bermak...