Posts

Showing posts with the label Erma Fatima

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’

Image
Menerima pelbagai kritikan tentang babak sumbang mahram dalam drama Keluarga Itu, pengarah dan penerbit Erma Fatima menegaskan hanya mahu memaparkan realiti sebenar yang berlaku dalam masyrakat. Dalam masa sama, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, menyifatkan pihak yang tergamak melakukan jenayah sumbang mahram mempunyai jiwa perlu diubati. “Bila aku buat drama ini (Keluarga Itu), kalian kutuk kata menjijikkan tetapi ini realiti di luar sana. “Masih nak simpan bawah karpet? Jiwa orang kita makin sakit,” katanya dalam hantaran Instagram. Berkongsi lanjut, pelakon drama Mak Cun itu turut menggesa kerajaan menyelesaikan gejala kes sumbang mahram daripada terus menular. “Tolonglah kerajaan ambil peduli dan cari solusi untuk bantu bendung masalah ini. Menyedihkan,” ujarnya lagi. Dalam hantaran tersebut, Erma memuat naik artikel berkaitan kes rogol dan sumbang mahram yang berada di tahap membimbangkan apabila ada peningkatan berlaku setiap tahun. Rata-rata bersetuju dengan tind...