Remaja perempun dijel sebbulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

SABAK BERNAM – “Harap (hukuman) penjara ini menginsafkan kamu, tanam semula sahsiah diri,” Demikian tegas Majistret Siti Hajar Ali sebelum menjatuhi hukuman penjara sebulan terhadap pembantu kedai selepas mengaku salah menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayinya dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak, bulan lalu. Hukuman penjara itu diarahkan berjalan bermula hari ini. Tertuduh, Nur Alieya Danisha Muhd. Alif Subramaniam, 18, turut didenda RM5,000 atau penjara lima bulan sekiranya gagal membayarnya. Tertuduh membayar denda tersebut. Siti Hajar dalam penghakimannya berkata, hukuman itu memadai selepas mengambil kira semua faktor penilaian dan pemberatan seperti umur tertuduh yang masih muda. “Ini merupakan kesalahan pertama tertuduh telah insaf dan kesal atas perbuatannya. Namun, mahkamah berpendapat kepentingan awam perlu dititikberatkan tanpa meminggirkan kepentingan peribadi tertuduh yang masih muda. “Hukuman ini bertindak sebagai pengajaran yang menginsafkan kepada tert...