Posts

Showing posts with the label Gemini

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Image
Google mengumumkan bahawa  Gemini 2.5 Pro (versi eksperimen) , model kecerdasan buatan (AI) termaju mereka, kini boleh dicuba  secara percuma  oleh semua pengguna. Model ini dikatakan mampu membuat penaakulan kod, matematik, dan menyelesaikan masalah kompleks dalam bidang  STEM  (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik). Laporan menyatakan, langkah Google membuka akses percuma kepada model AI terbaru ini mungkin memberi tekanan kepada pembekal model AI lain (seperti OpenAI) untuk  menyesuaikan strategi harga  mereka. Ini berikutan tindakan OpenAI baru-baru ini membuka akses percuma kepada alat penjanaan imej  "GPT-4o"  untuk pengguna ChatGPT. Google dilihat tidak mahu ketinggalan dan turut mengikut langkah serupa dengan membenarkan pengguna percubaan percuma keupayaan canggih Gemini 2.5 Pro. Menurut Google, Gemini 2.5 Pro (versi eksperimen) ialah model pemikir paling maju mereka yang boleh memproses pelbagai jenis data, termasuk  teks,...