[VIDEO] Lelaki ditahan bertelekung curi beg jemaah wanita
[VIDEO] Lelaki ditahan bertelekung curi beg jemaah wanita
BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161232
Taktik seorang lelaki bertelekung untuk mencuri beg jemaah wanita di dua masjid di Shah Alam, Selangor terbongkar, selepas polis menerima dua laporan membabitkan kerugian kira-kira RM3,500.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Iqbal Ibrahim berkata, suspek dalam lingkungan 20-an itu menggunakan taktik sama memakai telekung putih memasuki ruangan jemaah wanita, ketika mangsa menunaikan solat berjemaah di masjid sekitar Seksyen 18 Shah Alam pada Selasa lalu.
Beliau berkata, tindakan itu dikesan polis menerusi video tular hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan lelaki terbabit memasuki ruang solat wanita untuk mencuri.
Dalam kejadian pertama, katanya, seorang wanita berusia 60 tahun kehilangan beg berisi pelbagai barangan berharga selepas menunaikan solat di Masjid Al-Azahariah pada 3.41 petang.
“Dalam kejadian kedua, seorang jemaah wanita berusia 58 tahun menjadi mangsa kecurian beg tangannya di Masjid Al-Hidayah pada 10.47 malam hari sama,” katanya.
Iqbal berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan lelaki itu di sekitar Seksyen 18 pada 12.05 tengah malam tadi dan merampas dua telefon bimbit curi.
Katanya, hasil semakan mendapati lelaki terbabit merupakan penganggur dan memiliki lima rekod jenayah lampau, termasuk kes penyalahgunaan dadah.
Beliau berkata, suspek direman empat hari hingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, tindakan itu dikesan polis menerusi video tular hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan lelaki terbabit memasuki ruang solat wanita untuk mencuri.
— Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) December 23, 2022
BACA seterusnya di: https://t.co/XjYdxo00fQ pic.twitter.com/AoChdhzHTX
Comments
Post a Comment