[VIDEO] Kenyataan Media BRN Mengenai Roodmap Rundingan Damai antara BRN dengan RTG


[VIDEO] Kenyataan Media BRN Mengenai Roodmap Rundingan Damai antara BRN dengan RTG

BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161158

Assalammu'alaikum Wr. Wb. Semenjak 1960, Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) memperjuangkan hak-hak rakyat Patani untuk kemerdekaan, pembebasan, keadilan, dan pengiktirafan petuanan komuniti Melayu Patani.

Tetapi BRN tidak pernah menolak rundingan damai dan ini terbukti dimana rundingan damai pada tahun 2020 adalah kesinambungan tahun 2013 dibawah pemudah cara oleh Kerajaan Malaysia.

Pada 31 Oktober 2022, BRN telah mengeluarkan kenyataan untuk memberitahu kepada rakyat dan bangsa Patani, bahwa konflik di Patani mesti diselesaikan secara bermaruah sesuai dengan roh inisiatif Berlin, dan prinsip-pronsip am proses dialog damai, pada tanggal 31 Mac 2022.

Respon positif oleh rakyat Patani terhadap pengumuman itu, maka pada kali ini BRN ingin mengumumkan bahwa Kerajaan Thai dan BRN sedang membuat draf roodmap sebagai suatu perjanjian tentang prinsip-prinsip am, dalam roodmap tersebut suatu pemberhentian permusuhan dua hala bersama syarat jaminan keselamatan dan kekebalan undang-undang untuk membolehkan perwakilan BRN kembali ke tanah air dalam rangka berkonsultasi bersama rakyat.

Dan untuk mengetahui denyut nadi rakyat yang sudah sekelian lama sangsara, diharapkan rakyat Patani bersama BRN berceraikan untuk merealisasikan sebuah pemerintahan disentralisasi yang demokratif dan berparlimen khusus untuk rakyat Pattani.



BRN komited untuk menyelesaian yang mengiktiraf identiti komuniti Patani yang terdiri dari masyarakat berbilang kaum dan agama, terutamanya bangsa Melayu Patani yang telah berada di sana semenjak turun temuruh lagi, dan semenjak nenek moyang mereka.

Walaupun roodmap ini masih dalam pembicangan, RTG belum boleh menerima cadangan roodmap BRN, dan BRN berharap akan dapat melaporkan perkembagan seterusnya kepada komuniti Pattani sebelum mesyuarat rasmi pusingan akan datang yang akan difasilitasikan oleh Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Yang Amat Behormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, sehingga boleh membawa kepada suatu perubahan yang positif kepada proses perdamaian yang hakiki untuk rakyat Patani.

Roh perjuangan rakyat Pattani dan BRN meresapi di dalam jiwa setiap insan di Pattani mengalir di dalam tubuh setiap perjuangan, kemenangan akan direbut oleh BRN dengan apa jua sekalipun, pantang mundur, dan tetus maju.

Wassalamu'alaikum Wr. Wb.

Dr. Nikmatullah Seri

Perunding Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP