[VIDEO] Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres


[VIDEO] Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161185

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan bas ekspres di Kilometer (KM) 24 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, semalam (21 Disember 2021).

Mangsa yang maut adalah pemandu van, Mhd Rizuan Ishak, 43, yang tersepit dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu turut menyebabkan seorang kanak-kanak, Muhamad Ihtisyam Muazam ShahIdris, 11, yang juga penumpang bas ekspres patah tulang pipi pada sebelah kanan dan kini dirawat di Hospital Gua Musang.

Baki 32 yang lain iaitu 31 penumpang dan seorang pemandu bas selamat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian berlaku apabila van dipandu Mhd Ridzuan dari Gua Musang menghala Kuala Krai dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres dari Klang menuju Kubang Kerian.

https://youtu.be/L0ZRDNREYKs

"Bas ekspres cuba mengelak, namun jarak van yang membawa muatan barang elektronik itu terlalu dekat menyebabkan kedua-duanya bertembung dan terbabas ke laluan sebelah kanan jalan menghala Kuala Krai.

"Pemandu van disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

"Seorang penumpang bas mengalami kecederaan patah tulang pipi sebelah kanan dan mendapat rawatan susulan di hospital yang sama.

"Ketika kejadian permukaan jalan basah dan cuaca hujan renyai-renyai," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP