[VIDEO] TLDM siasat kejadian bot tempur berlanggar semasa demonstrasi
[VIDEO] TLDM siasat kejadian bot tempur berlanggar semasa demonstrasi
BACA seterusnya di: https//pakdin.my/161356
LUMUT: Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlanggar kapal TLDM semasa demonstrasi manuvra sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Jeti Pangkalan TLDM Lumut, semalam 30 Disember 2022.
Jurucakap Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, bot tempur terbabit hilang kawalan sebelum terlanggar Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah semasa melaksanakan demonstrasi manuvra bagi memintas bot mencurigakan.
Katanya, insiden itu mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter (m) manakala bot tempur terbabit kemek di bahagian haluan.
"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat insiden itu dan ia tidak menjejaskan perjalanan HTA22 yang akan diteruskan mengikut atur cara ditetapkan.
"Lembaga Siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.
https://youtu.be/Dg1GD8rzzWs
Terdahulu, tular di sosial media rakaman video insiden itu.
Comments
Post a Comment