Malaysia turun 2 anak tangga dalam kedudukan daya saing digital global


Malaysia turun 2 anak tangga dalam kedudukan daya saing digital global


Malaysia menurun dua anak tangga daripada tahun sebelumnya kepada 33 dalam Kedudukan Daya Saing Digital Dunia 2023 yang diterbitkan baru-baru ini oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD).

Institut yang berpangkalan di Switzerland itu menyenaraikan 64 negara dan zon ekonomi secara global berdasarkan tiga petunjuk: pengetahuan, teknologi dan kesediaan masa depan.

Malaysia berada di tempat ke-33 dengan skor keseluruhan, manakala tiga teratas tahun ini ialah Amerika Syarikat, Belanda dan Singapura.

Malaysia menduduki tempat kedua di Asean untuk daya saing digital, di belakang Singapura yang menduduki tempat ketiga di peringkat global.

Thailand naik 5 anak tangga tempat ke 35, Indonesia juga naik enam anak tangga kepada 45, manakala Filipina jatuh tiga anak tangga kepada 59.

Malaysia berada di tangga ke 24/63 negara di tahun 2017.

Kesediaan masa depan negara boleh dilakukan dengan lebih banyak penambahbaikan, terutama dalam latihan pekerja mahir dalam industri digital, serta dalam melaraskan peraturan untuk menarik bakat dari luar negara.

Malaysia mesti memberi tumpuan pada tahun akan datang termasuk teknologi AI canggih, keselamatan siber dan perlindungan privasi.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP