Ahmad Said berundur demi pembaharuan UMNO Terengganu


Ahmad Said berundur demi pembaharuan UMNO Terengganu

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174072

KEMAMAN – Datuk Seri Ahmad Said memutuskan untuk berundur bagi memberi laluan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) diterajui generasi muda.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat telah dicadangkan untuk menggantikannya memimpin BPUNT.

“Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BPUNT dan mencadangkan Datuk Rozi Mamat bagi menggantikan saya.

“Keputusan saya buat ini adalah semata-mata untuk memberi laluan kepada orang baru yang lebih muda meneraju UMNO Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Ahmad berharap perlantikan Rozi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu dapat menyuntik semangat baharu kepada BPUNT.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu beliau sepanjang mentadbir BPUNT.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam pentadbiran saya selama ini, jika ada kekasaran atau kekurangan,” katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP