Pembinaan rumah mampu milik di Bernam Jaya buka peluang ekonomi




Pembinaan rumah mampu milik di Bernam Jaya buka peluang ekonomi

BACA seterusnya di: https://huluselangor.com/?p=767343

Pembinaan 2,300 unit rumah mampu milik di Bernam Jaya, Hulu Selangor bawah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) mampu merancakkan ekonomi di kawasan terbabit.

Dato’ Menteri Besar berkata projek pembangunan rumah teres setingkat atas tanah seluas 191 ekar yang dijangka bermula tahun depan bakal membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan.

“Penerokaan kawasan baharu (untuk pembinaan rumah mampu milik) sebagai contoh di Bernam Jaya akan menjadi pemangkin kepada pembangunan masa depan terutama di utara Selangor.

“Lebih-lebih lagi pembinaan Proton City bersebelahan Bernam Jaya yang kita percaya limpahannya boleh dinikmati penduduk Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di sini hari ini.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif KHSB berkata agensi berkenaan juga bakal membangunkan 2,000 unit pangsapuri komersial di Petaling Jaya dengan kerjasama pemaju swasta.

Dimulakan sejak 2022, Rahana Abdullah menjangka projek melibatkan tiga bangunan itu selesai dalam tempoh lapan tahun, dengan 60 peratus daripada unit tersebut terjual setakat ini.

“Projek di Bernam Jaya dijangka berjalan selama lima tahun dan ketika ini dalam proses kelulusan (kebenaran merancang). Insya-Allah akan dilancar selepas raya tahun depan.

“Kedua-dua projek ini akan melibatkan nilai pembangunan kasar RM1.5 bilion,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP