MP, ADUN UMNO terus sokong Anwar


MP, ADUN UMNO terus sokong Anwar

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174059

Semua Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO membuat ketetapan untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut diputuskan sebagaimana yang dipersetujui oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada 14 Januari lalu.

“Mesyuarat memperakukan bahawa semua Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN UMNO akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Malaysia,” katanya selepas Mesyuarat MKT UMNO di Bangunan Dato’ Onn, malam ini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, UMNO bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri bermula bulan hadapan selain menganjurkan Kolokium Khas berhubung Kongres Ekonomi Bumiputera.

“Bagi memastikan agenda Melayu terus diperkasakan, UMNO pada 6 Januari 2024 akan mengadakan Kolokium Khas Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera yang bakal membentangkan hala-tuju dan tawaran ekonomi baharu untuk umat Melayu di negara ini,” katanya.

Terdahulu, terdapat dakwaan daripada salah seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang mendakwa lebih 10 Ahli Parlimen blok kerajaan bakal beralih sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP