🎦 Perubahan iklim - Stok ikan berkurang, jejas pendapatan nelayan Kemboja
🎦 Perubahan iklim - Stok ikan berkurang, jejas pendapatan nelayan Kemboja
BACA di: https://pakdin.my/174004
KEMBOJA - Nelayan Siem Huat mengalami pengurangan stok ikan berkurangan beberapa tahun kebelakangan ini di Tasik Tonle Sap, Kemboja.
Menurut pakar, berikutan perubahan iklim dan cuaca ekstrem, gangguan ekologi, perubahan tanah dan penangkapan ikan berlebihan mengancam bekalan makanan dan mata pencarian berjuta-juta nelayan yang bergantung kepada tasik terbesar di Asia Tenggara itu.
"Kadang-kadang hujan turun tidak menentu atau cuaca menjadi sangat panas sehingga saya tidak dapat keluar memancing," kata Siem Huat, 45, ketika dia mengemudi botnya melalui hutan bakau untuk menarik pukat.
Sungai Mekong biasanya akan melimpah ketika musim hujan kerana ia bercantum dengan Sungai Tonle Sap di Kemboja.
Namun beberapa tahun ini, ia telah terganggu berikutan perubahan iklim selain terus berusaha untuk meneruskan kehidupan.
"Ada hari saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan untuk membeli beras atau menampung kos petrol," kata seorang penjual ikan Sar Mom, 43.
Pendapatan hariannya merosot dalam setahun kepada hanya $5 berbanding sebelum ini iaitu $25.
Pihak berkuasa Kemboja bertungkus-lumus mendidik nelayan berkenaan bidang pertanian selain mengurangkan pencemaran air dan bertukar cara beralih kepada penternakan ikan atau bidang akuakultur.
@pakdin.my Menurut pakar, berikutan perubahan iklim dan cuaca ekstrem, gangguan ekologi #Kemboja #Nelayan ♬ original sound - pakdin.my
Comments
Post a Comment