[Video] Memorandum benar guna ketum, hemp, kanabis diserah kepada PM minggu depan


[Video] Memorandum benar guna ketum, hemp, kanabis diserah kepada PM minggu depan

Selanjutnya di: https://pakdin.my/157466 -

Memorandum berhubung cadangan penggunaan ketum, hemp dan kanabis untuk dijadikan produk tanaman komoditi negara termasuk penggunaannya dalam perubatan akan diserahkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob minggu depan, kata Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, hasil dapatan kajian diperoleh menerusi forum dianjurkan tahun lalu itu akan turut diserahkan kepada Menteri Kesihatan dan Menteri Dalam Negeri.

“Tindakan segera untuk memperoleh kebenaran mengeksport bahan itu ke luar negara perlu bagi mengelak Malaysia ketinggalan dalam mempatenkan bahan itu. Sekarang, agensi dadah antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS) dan Jerman dalam proses untuk mempatenkan ketum, kalau lambat dapat kebenaran, maka kita akan rugi.

“Kalau lambat patenkan kita yang tanam ketum ini terpaksa mengeluarkan sejumlah bayaran yang tinggi untuk mengeksport ke luar negara walhal mereka tidak tanam pun ketum,” katanya.

Zahidi berkata, hasil kajian mengenai keberkesanan ketum dalam perubatan juga akan diserahkan kepada setiap menteri besar.

“Kita akan berjumpa setiap menteri besar dan kemukakan laporan perubatan daripada universiti contohnya Universiti Thailand yang memberi laporan ketum bagus untuk saraf. Universiti Sains Malaysia (USM) juga ada buat kajian dan banyak kajian kita akan kemukakan,” katanya.

Beliau berkata, akta sedia ada juga tidak membenarkan ketum dieksport ke luar negara.

“Kalau boleh kita nak ubah akta kita kena bincang dengan Peguam Negara. Sekarang kalau kita nak pinda akta boleh, kita akan beri penerangan kepada Ahli Parlimen dahulu. Kalau 115 Ahli Parlimen setuju, kita dapat ubah akta.

“Apa yang penting tujuan kita buat ini untuk membantu petani di kawasan Parlimen masing-masing,” katanya.

Pada 16 Dis, sebuah laporan kajian mengenai kebaikan dan manfaat kanabis, hemp serta ketum dan memorandum diserahkan kepada Zahidi di forum terbuka yang diadakan di hotel di Kuala Lumpur.




Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP