‘Saya tak pernah beri kata dua kepada PM’, kata Tok Mat


‘Saya tak pernah beri kata dua kepada PM’, kata Tok Mat

Baca seterusnya di: https://pakdin.my/155673

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menafikan kata dua diberikan kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen supaya pilihan raya umum (PRU) dapat diadakan.

Ini menyusul dakwaan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman bahawa beliau cuba menekan Ismail, yang juga Naib Presiden Umno, supaya mengadakan PRU.

Di Dewan Rakyat hari ini, Tajuddin mendakwa Mohamad memberikan kata dua, sekiranya Ismail gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan PRU dengan segera, maka beliau perlu melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat menafikannya.

“Saya berdialog dengan pengundi di Machap dan saya ditanya sama ada Umno akan mendesak PRU, jika kita menang pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Saya jawab PRU tidak bergantung kepada keputusan pilihan raya Johor. Tidak kira PRN atau tidak, kita perlu segerakan PRU bagi mengembalikan mandat rakyat,” katanya.

Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata kerajaan semasa bukan dipilih rakyat dan ketidakstabilan politik di negara ini menjejaskan rakyat serta ekonomi.

“Saya juga kata Umno tidak boleh menuntut pembubaran Parlimen. Perdana Menteri adalah satu-satunya orang yang boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

“Ia hanya boleh berlaku melalui dua cara, sama ada Agong memperkenan pembubaran Parlimen atau sebaliknya.

“Kebiasaannya, jika Agong tidak memperkenankan pembubaran itu, ini bermakna Agong tidak mempunyai keyakinan terhadap PM, dan lazimnya, PM perlu meletak jawatan.”

Katanya, beliau sekadar menjelaskan proses pembubaran kepada pengundi, bukannya mengugut Ismail.

“Kebiasaan itu tertakluk kepada sesiapa sahaja yang menjadi PM, saya tidak mengeluarkan sebarang kata dua,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP