Amaran ribut petir: Rakyat Selangor, KL diarah berjaga-jaga
Amaran ribut petir: Rakyat Selangor, KL diarah berjaga-jaga
Selanjutnya di: https://pakdin.my/155939 -
Rakyat Selangor dan Kuala Lumpur diarah berjaga-jaga berikutan amaran ribut petir di kedua-dua negeri pada petang Isnin.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang berkongsi di Facebook mengenai laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang dikeluarkan pada jam 1.35 petang Isnin.
Menurut hantaran tersebut, ribut petir dijangka melanda beberapa lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur hingga jam 5 petang.
"Kawasan dijangka terlibat ribut petir dan hujan lebat ialah Petaling, Sepang, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat," menurut laporan tersebut pada Isnin.
Dalam pada itu, pihak MBSA menerusi hantaran tersebut turut mengingatkan warga Shah Alam mengambil langkah berjaga-jaga serta sentiasa peka dan mendengar arahan daripada pihak berkuasa dari masa ke masa.
Dalam perkembangan lain, Putrajaya dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) serta Alor Gajah di Melaka turut menerima amaran ribut petir pada hari sama.
Comments
Post a Comment