[Video] Tanah Runtuh Taman Bukit Permai : 4 mangsa berjaya dikeluarkan, 3 daripadanya maut
[Video] Tanah Runtuh Taman Bukit Permai : 4 mangsa berjaya dikeluarkan, 3 daripadanya maut
Selanjutnya di: https://pakdin.my/156777/?amp=1 -
AMPANG: Empat individu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh membabitkan 15 rumah di Taman Bukit Permai 2, di sini, hari ini.
SORANG MANGSA DITEMUI SELAMAT
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, seorang mangsa berjaya ditemukan jam 6.54 petang manakala tiga masih tertimbus.
"Mangsa yang ditemukan dalam keadaan selamat dan hanya alami cedera ringan manakala tiga lagi status tidak pasti," katanya
MANGSA KEDUA MENINGGAL DUNIA
Seorang wanita warga emas yang juga mangsa kedua kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai di sini pada Khamis dilaporkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa yang berusia 85 tahun itu dikeluarkan pada jam 9.10 malam.
"Mangsa ditemui dalam rumah yang terletak bersebelahan lokasi tanah runtuh itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas dibawa keluar pasukan penyelamat," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian pada Khamis.
MANGSA KETIGA MENINGGAL DUNIA DILUAR RUMAH
Seorang lelaki yang juga mangsa ketiga pula ditemukan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mayat mangsa dikeluarkan pada jam 10.58 malam.
"Mangsa ditemui di luar rumah pertama yang musnah akibat tanah runtuh, mangsa kemudian dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian.
MANGSA TERAKHIR JUGA MAUT
Mangsa terakhir insiden tanah runtuh Taman Bukit Permai, Ampang yang terakhir merupakan warga emas telah berjaya ditemukan.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak.
Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat berhadapan cabaran dalam mengesan mangsa yang tertimbus.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa dipercayai membabitkan penghuni di dalam rumah dan seorang pekerja kontraktor syarikat penyelenggaraan Air Selangor.
"Kita turun menggunakan anjing pengesan (K9) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua kediaman dilaporkan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.
Comments
Post a Comment