EPL: Manchester City benam Liverpool 4-1
EPL: Manchester City benam Liverpool 4-1
BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163061
MANCHESTER – Juara bertahan, Manchester City mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri apabila berjaya menewaskan seteru, Liverpool 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.
Pada perlawanan di Stadium Etihad itu, skuad The Citizens kendalian Pep Guardiola tidak dapat menurutkan penyerang sensasi, Erling Haaland ekoran kecederaan.
Sementara itu, The Reds yang dibimbing oleh Jurgen Klopp membariskan kesebelasan terbaik dengan Mohamed Salah, Cody Gakpo dan Diogo Jota mengetuan jentera serangan.
Pasukan pelawat tidak mempunyai masalah untuk mendahului hasil penyudah menarik yang dilakukan oleh Salah pada minit ke-17.
Tersentak dengan itu, City memperkemaskan jentera serangan dan berjaya menyamai jaringan menerusi gol yang dilakukan oleh Julian Alvarez pada minit ke-27.
Bersambung pada babak kedua, City semakin garang apabila hanya memerlukan 56 saat untuk mendahului menerusi gol Kevin de Bruyne selepas menerima hantaran Riyad Mahrez.
Liverpool semakin tertekan apabila kapten pasukan tuan rumah, Ilkay Gundogan menambah derita dengan menyumbat gol ketiga berselang lapan minit kemudian.
Pemain sayap sensasi, Jack Grealish melengkapkan kemenangan bergaya City dengan gol keempat pada minit ke-74 selepas menyudahkan hantaran daripada De Bruyne dengan kedudukan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Keputusan tersebut menyaksikan City kini kekal di tangga kedua EPL dengan mengutip 64 mata manakala Liverpool hanya meraih 42 mata.
Comments
Post a Comment