Campak emak di hospital untuk pergi beraya


Campak emak di hospital untuk pergi beraya

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163643

Tanpa disangka, seorang anak tergamak meninggalkan ibunya di sebuah hospital untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi perkongsian seorang jururawat, Harnisah Nisa, dia mendedahkan perkara itu selepas mendengar perbualan antara waris dengan seorang doktor.

“Doktor tulis sahaja sakit apa pun. Janji dia boleh masuk wad. Mana boleh macam tu. Mak cik sihat. Cuma dah lama kena ‘stroke’ kan.

“Bolehlah doktor. Esok dah nak raya . Kami nak berjalan. Susahlah kalau bawa sekali dengan ‘wheel chair’ (kerusi roda).

“Kalau dia masuk wad, ada orang jaga. Seminggu sahaja doktor,” kongsi jururawat tersebut.

Dalam pada itu, Harnisah berpandangan bahawa tindakan tersebut adalah amat mementingkan diri sendiri.

“Sanggup minta dimasukkan ke wad semata-mata nak senang beraya. Ladang pahala di depan mata, bertukar menjadi ladang dosa.

“18 tahun menjadi seketul misi Unit Rawatan Rapi (ICU), inilah sketsa tahunan setiap kali lebaran. Selagi ada mak ayah, jaga lah sebaik mungkin,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP