Berpotensi dorong kanser, Taiwan temui bahan karsinogenik dalam mi segera dari Malaysia


Berpotensi dorong kanser, Taiwan temui bahan karsinogenik dalam mi segera dari Malaysia

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163696

Dua jenis mi segera yang dibuat oleh jenama Asia Tenggara didapati mengandungi bahan yang mendorong kanser, kata Jabatan Kesihatan Taipei pada Isnin lalu, 24 April. Penemuan itu hasil pemeriksaan mi segera yang terdapat di Taipei, Taiwan untuk tahun 2023.

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, pihaknya mendapati satu kumpulan mi segera berjenama ‘Ah Lai White Curry Noodles’ dari Malaysia dan satu lagi kumpulan mi segera berjenama ‘Indomie: Special Chicken Flavour’ buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.

Jabatan itu berkata, ujian dijalankan berjaya mengesan etilena oksida dalam kedua-dua mi dan peket perencah produk Malaysia terbabit, manakala produk Indonesia berkenaan pula hanya terkandung dalam peket perencah.

Peruncit yang tidak didedahkan untuk ambil sampel mi segera berkenaan telah diarahkan untuk menarik balik penjualan kedua-dua produk terbabit.

Manakala, pengimportnya pula akan didenda antara NT$60,000 (kira-kira RM8,600) hingga NT$200 juta (kira-kira RM28.87 juta), menurut jabatan itu.

Ketua Bahagian Makanan dan Ubat-Ubatan, Jabatan Kesihatan Taipei, Chen Yi-ting, berkata pemeriksaan mi segera dilakukan dengan memilih secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP