[VIDEO] Usah masuk campur tentu tarikh raya, tunggu anak bulan – UAI
[VIDEO] Usah masuk campur tentu tarikh raya, tunggu anak bulan – UAI
BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163317
Orang awam dinasihat usah masuk campur urusan penetapan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023 kerana ia perlu ditentukan berdasarkan cerapan anak bulan.
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkata, bulan Syawal hanya boleh ditetapkan apabila nampak anak bulan dan bukannya berdasarkan tarikh dalam kalendar yang dibuat awal.
Ujar Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, ramai pengguna media sosial yang jahil agama menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengumumkan tarikh raya lebih awal.
“Ramai netizen marah sebab kerajaan termasuk Jakim tidak mahu tetapkan lagi tarikh raya kerana kalau mengejut susah.
https://www.instagram.com/reel/CqxS6kZJkDo/?utm_source=ig_web_copy_link
“Raya mengejut terjadi kalau nampak anak bulan. Kalau tidak nampak, tidak adalah raya mengejut. Empat mazhab; Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki semua menggariskan perlu rukyah dan hisab tengok anak bulan.
“Nabi kata mulakan berpuasa jika anak bulan Ramadan, mulakan raya jika nampak anak bulan Syawal. Mu (kamu) siapa nak lawan cakap Nabi? Agama ikut mu ke mu ikut agama?,” katanya dalam satu video ceramah yang dimuat naik di akaun Facebook.
UAI turut bertegas agar orang awam menyerahkan bab hukum agama kepada ulama’ dan pakar agama daripada bersikap ‘memandai-mandai’ sehingga menimbulkan fitnah.
BACA juga:
“Dalam bab agama, semua orang nak masuk campur. Kenapa dalam bab lain, kita tidak masuk campur?
“Hukum ulama’ kita lawan kerana dalam hati kita ada penyakit. Kita nak jadi ulama’ juga. Itulah cara nak rosakkan agama, jatuh pada akhir zaman.
“Nabi kata akhir sekali, orang-orang jahil bercakap hukum agama,” katanya.
Terdahulu kecoh di media sosial apabila satu klip video tular menjelaskan anak bulan dijangka kelihatan pada 20 April, Khamis bersamaan 29 Ramadan sekali gus menjadikan 1 Syawal pada 21 April, Jumaat.
Sehubungan itu, kecoh dalam kalangan orang ramai ketika ini sekiranya terpaksa menyambut perayaan Aidilfitri lebih awal seperti tahun lalu.
Comments
Post a Comment