BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi selangkah muncul juara BAC


BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi selangkah muncul juara BAC

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163718

DUBAI: Malaysia memastikan sekurang-kurangnya satu wakil di perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia esok apabila beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin berjaya menyingkirkan pilihan keempat kejohanan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam aksi separuh akhir sebentar tadi (29 April 2023)

Atas kertas, rekod perlawanan lalu tidak memihak kepada Ee Yi dan Yew Sin apabila tewas sebanyak tujuh kali daripada lapan pertemuan. Bagaimanapun aksi yang berlangsung di Dewan Sheikh Rashid bin Hamdan, Dubai menyaksikan mereka menampilkan semangat juang yang tinggi untuk mengejutkan pasangan Jepun itu dengan keputusan 21-16, 26-24 dalam tempoh 50 minit.

Ee Yi dan Yew Sin terpaksa menanti perlawanan di antara Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India dengan Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan bagi mengetahui lawan mereka di final esok.

Terdahulu, hasrat untuk melihat beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mencipta kejutan ke atas pilihan pertama kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam satu lagi aksi separuh akhir tidak kesampaian.

Pasangan negara itu terpaksa akur apabila tewas dengan keputusan 21-11, 21-13.

Bagaimanapun Soon Huat dan Shevon masih boleh berbangga apabila tidak pulang dengan tangan kosong pada edisi kali ini kerana keputusan ini sudah cukup untuk mereka meraih pingat gangsa, pencapaian yang jauh lebih baik daripada edisi tahun lalu apabila mereka ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan kedua.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP