Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

Hari ini 20 April 2568 lebih kurang jam 19.20, berlaku kejadian tembakan secara rambang ke atas penduduk perkampungan Buddha (Ban Chang Thor), Kampung Ghole Tuwor, Mukim 7, Waeng, Narathiwat. Maklumat Kejadian Tarikh & Masa : 20 April 2024, sekitar jam 7.15–7.20 malam. Lokasi : Rumah No. 229/11, Kampung Ghole Tuwor, Mukim 7, Waeng, Narathiwat (kediaman Encik Chang Tor). Butiran Kejadian 1. Cara Serangan: Penjenayah tidak dikenali (bilangan tidak pasti) menggunakan senjata api jenis perang menembak secara rawak ke arah sekumpulan penduduk Buddha Thai yang sedang makan dan berbual di hadapan rumah. Disyaki bertujuan menimbulkan keresahan, mungkin berkaitan dengan kumpulan pengganas di wilayah selatan Thailand. 2. Mangsa Tercedera : 6 orang cedera. 4 dihantar ke Hospital Waeng : Winai Chom-amphai (44 tahun) Thawatchai Thiprat (43 tahun) Pradit Pho-sut (56 tahun) Wirawat Chanthong (40 tahun) 2 dihantar ke Hospital Sungai Kolok: Prakit Kongprasert (39 tahun) An...