Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari - Ahmad Zahid

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak, ibarat mimpi di siang hari. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata cadangan itu timbul kerana PN mungkin menyedari mereka telah kehilangan sokongan di Ayer Kuning. Timbalan Perdana Menteri itu berkata penggabungan itu tidak perlu kerana setakat ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad telah berkhidmat dengan baik dan yakin segala masalah pembangunan serta keperluan rakyat dapat diselesaikan di bawah kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu. “...kalau di Ayer Kuning ini baru ada cadangan itu, saya ingat ketika ini 12.30 tengah hari, kalau kita mimpi tentunya mimpi di siang hari,” katanya pada sidang media selepas Majlis Santuni Kasih Syawal Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Kroh di sini hari ini. Semalam, media melaporkan Ketua Pembangkang Datuk S...