Posts

Showing posts with the label Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri Ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun

Image
  إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, telah meninggal dunia hari ini pada usia 85 tahun. Bekas Menteri Kesihatan dan menantu Tun Abdullah, Khairy Jamaluddin, mengesahkan berita tersebut melalui media sosial. Beliau menyatakan bahawa Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7:10 malam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Tun Abdullah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga 2009.