Posts

Showing posts with the label Ab Rauf Yusoh

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Image
Industri aeroangkasa negara memasuki fasa lebih maju berikutan rancangan membangunkan sebuah kilang pemasangan helikopter di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam. Ia susulan keputusan kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM16.45 billion bagi pembinaan kemudahan tersebut. Kilang ini akan dibina di kawasan seluas 6.88 hektar yang dijangka siap dalam tempoh 3 tahun. Sepertimana diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Selasa, kontrak pembangunan kilang berkenaan diberi kepada syarikat tempatan, Weststar Group yang juga pengendali helikopter terbesar di rantau ini. Tinjauan tapak juga telah diadakan oleh pihak Weststar Group bersama kerajaan negeri Melaka. Selain kilang pemasangan helikopter, ia juga akan menjadi hab penyelenggaraan helikopter meliputi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). Berbanding lapangan terbang di negeri lain, lokasi LTAM Batu Berendam tidak sibuk dengan aktiviti penerbangan selain mempunyai kawasan...