Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

MELAKA: Dua beradik wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan gaduh gempar di sebuah wad di Hospital Melaka pada Januari lalu, dipercayai berpunca daripada isu menjaga bapa yang sedang nazak. Tertuduh, Normala Othman, 47, dan Julaiha Othman, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani. Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama melakukan gaduh gempar dengan bergaduh di tempat awam iaitu di Wad 42, Katil 2A, Hospital Melaka dalam daerah Melaka Tengah pada pukul 2.50 petang, 19 Januari 2025. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Difahamkan, insiden itu tercetus susulan pertikaian berhubung penjagaan bapa mereka yang berada dalam keadaan nazak sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 20 Januari lalu. Ti...