RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan Najib. Alasan utama ialah mengenai warisan wang yang kini sedang di "parking" pada proksinya.

Itulah alasan yang didakwa oleh seorang penulis yang berkemampuan melakukan kerja risikan, iaitu Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenal sebagai RPK.

Walaupun penyokong Mahathir amat mempercayai berita dan laporan Sarawak Report serta Wall Street Journal yang berpangkalan di luar negara, namun hal yang sama tidak mereka beri kepada laporan yang dibawa oleh RPK, yang juga berpangkalan di luar negara.

RPK berulang kali mendakwa Tun Mahathir menyimpan wang ketika menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan wang itu diatas nama orang orang kaya yang dia pilih supaya tidak disyaki oleh rakyat kerana mereka adalah billionaire.

Jumlah yang dikatakan oleh RPK dalam hal ini dianggarkan bernilai RM100 billion. Manakala dakwaan Barry Wain dalam bukunya "Malaysia Maverick "pula sekitar RM200 billion.

Tun Mahathir pula tidak pernah menjawab atau mengulas lansung selama dakwaan ini dikatakan oleh RPK dalam kebanyakan penulisan beliau. Apakah kerana ada kebenaran? Kenapa Tun Mahathir enggan menyeretnya kepentas rakyat?

Kita rasa jumlah RM100 billion lebih munasabah apabila di kira "bailout bailout" dan kisah kehilangan wang dizaman Tun Mahathir seperti PERWAJA, pembelian semula MAS dari kroni Tun M, pembelian tanah KLCC  dan juga "FOREX lost".

Kesemua kehilangan dan kerugian serta pembelian semula MAS dan "bailout" PERWAJA tiada pernah diadakan siasatan.

Wang yang diberi kepada PROTON juga tidak pernah ada siasatan.

Berkaitan dengan ini, maka RPK mendakwa wang itu semua telah dialihkan kepada kroni dan proksinya untuk disimpan.

Kini Tun Mahathir dikatakan amat risau jika anaknya Mukhriz tidak mewarisi kuasa kerana para kroni dan proksi sudah mula tidak hirau dan tidak takut untuk melayan Tun Mahathir kerana dilihat Tun Mahathir semakin hilang cengkaman kuasa dan pengaruh.

Ahli perniagaan yang menjadi proksi Tun Mahathir hanya takut dan hormat kepada Tun Mahathir selama ini kerana mereka sangka Tun Mahathir masih berkuasa mencengkam pemimpin UMNO dengan memegang leher mereka.

Namun perkembangan kebelakangan ini sudah mula melihat Tun Mahathir sudah terhakis kuasa dari tangannya dan pengaruhnya sudah pudar, maka ini yang menyebabkan Tun Mahathir mesti menaikkan segera Mukhriz sebagai Perdana Menteri sebelum 2020 sampai.

"Case in point" adalah ketika Lim Kok Wing mahu beralih menyokong Datuk Seri Najib dan kerajaan lalu kemudian melompat semula kepada Tun M.

Tun Mahathir pula sanggup bercerita berkenaan dia banyak menolong LKW di dalam entri di blognya Chedet dibawah tajuk "Legasi".

RPK berpendapat dengan Tun meletakkan kedudukan anaknya sebagai Perdana Menteri maka ianya akan dianggap Mukhriz boleh membuat sesuatu kepada proksi engkar.

Penulis RPK juga mendakwa isu 1MDB sengaja di "blow out of proportion" demi mengalihkan perhatian dan menjadi alasan serangan.

Seperti kata Menteri kewangan kedua Datuk Johari Abdul Ghani baru baru ini, jika ada pun masalah ia hanya masalah perniagaan yang lazim seperti syarikat syarikat yang lain.  Seperti juga PROTON yang sehngga hari ini masih menagih wang rakyat untuk membayar vendornya.

Sambil itu Tun Mahathir terpaksa berlakon kuat dan gah dengan menyerang DS Najib untuk membuat "smokescreen" kepada kroni dan proksinya untuk menunjukkan dia masih berkuasa dan berbisa.

Benar juga kata RPK , semakin lama Najib bertahan , semakin kalut kelihatan Tun Mahathir.

Lama kelamaan rakyat akan mula sedar bahawa Najib mahu dijatuhkan bukan kerana 1MDB atau Save Malaysia, ia semata mata satu pembohongan di siang hari.

Ia sebenarnya, adalah untuk Save Mukhriz untuk "save wang" yang di letak diatas nama orang lain. Jika Tun M sudah tiada lagi dan Mukhirz belum jadi Perdana Menteri , maka ucap selamat tinggal lah kepada pencarian 22 tahun.

Itulah sebenarnya.

Tulisan :
Beruang Biru
BB30, Khamis
1 September 2016

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

RBA DAP BUAT FITNAH BAGI MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN KES ROGOL DAN BUNUH CHEE GAIK YAP